Kehidupan di bawah Taliban Taliban

Rencana utama: Kehidupan di bawah pemerintahan Taliban

Apabila berkuasa, Taliban melaksanakan undang-undang Islam. Taliban pernah memulakan rombakan kerajaan, pengganti yang mereka lantik mempunyai banyak pengalaman memerintah. Ramai yang mempunyai latihan ulamak, sarjana terpelajar mengenai Undang-undang Islam.

Banyak kumpulan-kumpulan Anti-Islam takut dengan kebangkitan Islam sekali lagi, kerana Afganistan merupakan satu-satunya negara yang melaksanakan Undang-undang Islam yang lengkap. Hasilnya, kumpulan ini memulakan kempen propaganda selepas 2000, kebanyakkan dalam bentuk yang digelar penderaan wanita, dadah dan sebagainya.

Taliban melarang pengusahaan candu popi di 2000, disebabkan oleh sebab-sebab keagamaan. Pengeluaran jatuh dari 4000 tan pada tahun 2000 (kira-kira 70% bekalan dunia) kepada 82 tan dalam tahun 2001, kebanyakan yang mana adalah dituai dalam bahagian Afghanistan yang diawasi oleh Perikatan Utara.

Ini adalah apa yang dikatakan oleh menteri agama, Al-Haj Maulwi Qalamuddin, kepada New York Times: "Untuk sebuah negara yang terbakar, dunia ingin memberi mancis. Mengapa terdapat kerisauan mengenai wanita? Roti terlalu mahal. Tiada kerja yang ada. Budak-budak lelaki juga tidak pergi ke sekolah. Namun apa yang saya dengar adalah mengenai wanita. Di mana dunia apabila lelaki di sini ialah mencemar maruah mana-mana wanita mereka mahu?"

Ini apa yang taliban katakan mengenai Pendidikan: "Bertentangan dengan lapuran mengenai pendidikan wanita dalam akhbar, angka-angka yang di dapati dari sektor pendidikan di Afghanistan, mendedahkan bahawa pendidikan wanita di pedalaman Afghanistan meningkat. Menurut satu kajian yang dijalankan oleh ahli Jawatankuasa Swedish bagi Afghanistan (Swedish Committee for Afghanistan) (SCA), hampir 80 peratus bagi sekolah wanita terletak di kawasan luar bandar di bawah pentadbiran Negara Islam Afghanistan beroperasi sepenuhnya. Ms. Pia Karlsson, penasihat pendidikan di Unit Sokongan Latihan Teknikal (Education Technical Support Unit) (ETSU) bagi SCA , berkata dalam satu temubual yang akhir-akhir ini diterbit oleh Frontier Post, akhbar harian Bahasa Inggeris yang berpangkalan di Peshawar bahawa hanya di dalam wilayah Ghazni, di mana Negara Islam di bawah kepimpinan TIMA berkuasa untuk dua tahun terakhirnya, kira-kira 85 peratus wanita masih di sekolah. Ms. Karlsson kata, "gambaran di luar bandar berbeza sepenuhnya."

Patung Buddha di Bamiyan

Pada Mac 2001, pihak Taliban mengarahkan pemusnahan dua patung Buddha yang dipahat pada permukaan tebing di Bamiyan, satu setinggi 38 meter dan berusia 1,800 tahun, yang satu lagi setinggi 53 meter dan berusia 1,500 tahun. Tindakan ini dikutuk oleh UNESCO dan kebanyakan negara sekeliling dunia. Taliban bagaimanapun membalas dengan mengatakan ada pihak luar yang menawarkan duit untuk memperbaiki kepala patung rosak, sedangkan kanak-kanak di Afhanistan ketika itu sedang kebuluran. Apabila Taliban meminta duit tersebut disalurkan kepada kanak-kanak, mereka menolaknya. Maka patung tersebut dimusnahkan.[1]